Semoga Istiqamah

June 3, 2013 § Leave a comment

Image

Kisah Karipap

January 21, 2013 § Leave a comment

Macik Karipap

Personal Loan Untuk Pembelian Emas

January 20, 2013 § Leave a comment

TIPS PENTING

  1. Jika anda menggunakan sumber modal dari pinjaman peribadi untuk membeli Emas, anda MESTI merancang bagaimana anda boleh membuat bayaran balik pinjaman tersebut menggunakan Emas itu juga.
  2. Tujuannya, walaupun anda mempunyai tanggungan pinjaman yang digunakan sebagai modal pelaburan, namun ianya tidak sedikitpun menjadi beban kepada anda membuat bayaran balik pinjaman tersebut.

.

STRATEGI PELABURAN

  • Saya mengambil data sebenar kenaikan harga Emas bermula dari tahun 2009 hingga tahun 2011 seperti dalam paparan Graf dibawah agar anda dapat melihat gambaran sebenar strategi ini dengan jelas.

  • Katakan anda membuat pinjaman sebanyak RM200,000, dengan tempoh bayaran balik selama 20 tahun, dan jumlah bayaran bulanannya sekitar RM3200 sebulan.
  • Gunakan semua wang tersebut dan beli Emas 1 Dinar yang pada tahun 2009 ianya cuma berharga RM400 sekeping.
  • Saya memilih 1 Dinar kerana ia variasi Emas yang paling kecil. Tujuannya agar anda mudah menjualnya sekadar jumlah tunai yang diperlukan untuk bayaran balik sahaja.

RM200,000 / RM400 (1 Dinar) = 500 Keping Emas 1 Dinar

  • Setiap bulan, jual 8 keping Emas 1 Dinar dan digunakan untuk bayaran balik pinjaman.
  • Jika pinjaman dipotong melalui gaji, tunai dari jualan Dinar tersebut boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan bulanan seperti biasa.
  • Purata harga 1 Dinar adalah seperti berikut :
    (a) 2009 – RM450
    (b) 2010 – RM550
    (c) 2011 – RM650
  • Dengan menjual sebanyak 8 keping 1 Dinar sebulan, bermakna setahun anda akan menjual sebanyak 96 keping Emas 1 Dinar. Pengiraan jumlah bayaran balik :
    (a) Tahun 2009 – 96 x RM450 = RM43,200
    (b) Tahun 2010 – 96 x RM550 = RM52,800
    (c) Tahun 2011 – 96 x RM650 = RM62,400
  • Jumlah pinjaman yang telah dibayar selama 3 tahun = RM158,400.
  • Baki pinjaman yang belum dijelaskan = RM41,600.
  • Jumlah Dinar yang telah dijual = 96 Keping X 3 Tahun = 288 Keping.
  • Jumlah Dinar yang dibeli 500 Keping – 288 Keping = Baki Yang Belum Dijual = 212 Keping.
  • 212 Keping x RM735 Harga Dinar Sekarang = RM155,820 Nilai Semasa Dinar Yang Berbaki.
  • RM155,820 – RM41,600 (Untuk Full-Settlement Baki Pinjaman) = RM114,220.


Tahniah!!!
Dalam masa hanya 3 tahun, anda telah memiliki simpanan Emas atau keuntungan sebanyak RM114,220 yang anda perolehi secara PERCUMA!!!
.
Mudah sahaja bukan? Ini lah pentingnya STRATEGI. Apa sahaja tindakan dan keputusan dalam pelaburan, ianya memerlukan kepada strategi, dan strategi adalah satu cara untuk anda mengurus risiko dalam Pelaburan.
.
Perlu diingat, risiko perlu DIURUS, bukan DIHINDAR, bukan sahaja dalam pelaburan, bahkan dalam apa jua konteks dalam aspek kehidupan, ianya memerlukan pengurusan risiko.
Sumber : Gold Rich2u
.

Teknik Pajakan & Tambah Stok

January 20, 2013 § Leave a comment

TEKNIK  : PAJAK EMAS DAN BELI LAGI EMAS FIZIKAL
  1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu. Beli lagi emas fizikal dengan hasil pajakan tersebut tersebut, contohnya Kijang Emas, UOB atau jongkong emas Public Gold (emas yang spreadnya kecil)
  2. Pajak semula emas fizikal tersebut di Ar-Rahnu. Gunakan hasil pajakan kali  kedua tersebut untuk membeli lagi emas fizikal. Anda boleh ulang-ulang proses ini sehingga 2-3 kali (kalau modal besar seperti RM100,000, maka anda boleh ulangi proses pajak ini banyak kali)
  3. Di hujung proses ini, pastikan anda ada emas fizikal ditangan. Apabila harga emas naik, anda jual emas fizikal di tangan anda. Kemudian hasil jualan itu anda tebus emas di dalam Ar-Rahnu. Ulangi proses ini sehingga kesemua emas anda habis ditebus.
  4. Di akhir proses, anda akan mendapat semula emas anda yang pertama. Anda akan mendapat untung kerana jualan emas hasil gadaian pada harga tinggi boleh menampung upah simpan di Ar-Rahnu bagi emas-emas yang digadaikan.

Sumber : Gold Rich2u

Nilai Wang Kita Makin Susut

January 19, 2013 § Leave a comment

Inflasi

Yang Mana Satu Pilihan Pelaburan Anda

January 19, 2013 § Leave a comment

Pilihan Pelaburan

Sumber : Facebook

Fakta Tentang Emas Yang Perlu Anda Tahu

January 17, 2013 § Leave a comment

Image

Pelarian Vietnam bertindak bijak dengan menukarkan harta kekayaan mereka kepada emas dan melarikan diri ke Malaysia ketika Negara mereka sedang bergolak dengan peperangan “PERANG VIETNAM 1955-1975”.

Kerajaan China menasihatkan rakyatnya menyimpan 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas. Tahap kesedaran rakyat china terhadap penyimpanan emas begitu tinggi sehinggakan di negara mereka terdapat satu vendor mesin yang menjual emas sedangkan di Malaysia vendor mesin hanya menjual Nescafe/air tin.

Kerajaan Korea membeli 1 Billion emas/ 3tan emas daripada siapa?? Jawapannya dari U.S. U.S terkenal dengan Negara yang paling banyak “hutang” tetapi kenapa dia boleh jual emas sebanyak 3 tan kepada Korea dengan mudah?? Ini kerana U.S ialah negara yang paling banyak emas/rizab emas/simpanan emas. Ini bermaksud berlaku satu perancangan hebat di mana mereka akan menggunakan emas sebgai transaksi.

Bagi yang beragama Islam, terdapat hadis dari Rasulullah :

“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah Dinar dan Dirham untuk digunakan”

[Hadis dari rekod Imam Ahmad Ibnu Hanbal]

Sumber : Facebook